Wednesday, July 4, 2007

Monday, July 2, 2007

Sebelum dan Selepas

ini adalah entry aku tentang bagaimana aku membuat editing terhadap logo sekolah yang di ambil secara foto di dinding sekolah. sajer nak tunjuk terrer..

gambar fotoSelepas membuat editing
versi plastik logo (aku namakan aje versi ni....)


Sunday, July 1, 2007

Kemuliaanku



Assalamualaykum...
Hari ini, maka lahirlah blog saya versi kedua , dimana versi ini adalah versi Blogger Beta yang saya tak suka selama ni... tapi oleh kerana saya perlu mengajar 4 orang anak murid dari SK Kubang Kerian 2 tentang blog, maka terpaksalah saya membina weblog ini sebagai guideline saya untuk mengajar murid-murid ni... 4 orang murid ini adalah antara anak murid berumur 12 tahun yang pertama saya ambil sebagai anak murid blog... sebelum ini , rakan-rakan sebaya yang menjadi anak murid saya... hehe...

Sebenarnya ke empat-empat pelajar sekolah ni telah dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan membina website peringkat.....(tak ingat...nanti check balik)... jadi sayalah yang akan jadi sifoo mereka untuk bina blog ni.. Budak-budak ni cukup excited untuk bina blog.


Jadi saya bagi satu guideline dalam menyiapkan kerja ni..iaitu mnyiapkan kerja-kerja ini secara sikit-sikit tetapi berterusan (istiqamah)... contoh, time rehat datang singgah makmal komputer ni kejab.. pastu time belajar, wajib masuk kelas... begitu juga time balik atau jam 2.00 petang ke atas, datang ke makmal pastu saya akan ajar satu persatu... ceh!! bertuah bebudak ni.. ada Sifoo cam saya ni..dah la hensem...

Cikgu Zuhairi (Penyelaras ICT) sedang memberi taklimat
kepada pelajar tentang tugasan mereka membina blog.

Saturday, June 30, 2007

Faizul Afzan Versi 2 : Di alam Kerjaya


Inilah kerjaya aku sekarang...
Aku telah dilantik sebagai Juruteknik Komputer
gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu. Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki aku di sini.... Allah telah permudahkan urusan ku untuk membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti aku tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.

Lepas tu, pasni boleh la try bergiat dengan badan-badan komuniti seperti Komuniti Bestari ke dan sebagainya...

Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...